Nak Jual PS5 RM6,000 Sebab Nak Beli Rumah, Pemuda Ini Dikecam

Sejak tempahan dibuka beberapa bulan lalu, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk memiliki permainan konsol generasi terbaharu, Sony PlayStation 5 (PS5).

Jika sudah memiliki permainan tersebut, bukan semudah itu untuk menjual semula. Namun, seorang pemuda ini terpaksa menjual kembali konsol tersebut untuk membayar deposit rumah.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian apabila konsol tersebut dijual dengan harga jauh lebih mahal berbanding harga sebenar yang di jual.

https://twitter.com/bartbhrdn/status/1345987351210729472

Untuk pengetahuan anda, anggaran harga untuk PS5 di Malaysia adalah sekitar RM1,900 untuk versi digital dan RM2,300 untuk versi biasa. Manakala, untuk controller tambahan pula dijual dengan harga sekitar RM349.

Seperti sudah disangka perkongsian pemuda itu mengundang kecaman netizen dek kerana harga tinggi yang ditawarkan. Kata netizen harga paling mahal boleh ditawarkan sehingga RM3,000 sahaja.

Difahamkan, pemuda itu mengatakan turut disertakan sekali satu controller yang masih belum digunakan serta tiga permainan PS5.

SUMBER: Twitter