Setiap kali musim perayaan sememangnya jalan raya sesak dengan kenderaan yang balik kampung, malah jalan yang kebiasaannya sunyi turut dipenuhi kenderaan apatah lagi masa inilah kita berkunjung ke rumah sanak saudara.
Apabila jalan sesak, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk bersabar dan mengikut barisan serta mengikut peraturan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Baru-baru ini, tular video memaparkan sebuah Perodua Myvi yang tersangkut di bahu jalan sekaligus menjadi bualan netizen di media sosial.
https://www.tiktok.com/@m.a7annnn/video/7226280570039307526
Menerusi video dikongsikan TikTok @m.a7annnn, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu Myvi berkenaan cuba memotong barisan di laluan tersebut.
Namun tindakan Myvi tersebut mengundang padah apabila laluan dilaluinya itu menyebabkan sebahagian kenderaannya tersangkut.
Meskipun sudah cuba menggerakkan kenderaannya ke belakang dan depan namun tidak berjaya keluar dari kawasan rumput berkenaan.
Susulan tindakan tersebut, bahagian bumper hadapan sudah tercabut mungkin disebabkan tersagat di kawasan yang tersangkut.
Turut menjadi perhatian, tiada siapa yang berhenti untuk membantu pemandu Myvi berkenaan.
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen mengatakan bukan saja pemandu Myvi berkenaan mendapat malu malah terpaksa menangggung kerugian untuk membaiki keretanya.
Sementara itu, ada yang mengatakan semoga video tersebut dapat dijadikan pengajaran buat pengguna jalan raya lain supaya bersabar dan tidak memotong barisan.