Sejak semalam tular rakaman dashcam sebuah kereta yang terlibat kemalangan dengan motosikal yang dinaiki dua wanita di Parit Buntar, Perak.
Menerusi video tersebut, akibat kemalangan tersebut penunggang motosikal berkenaan jatuh ke atas jalan manakala pembonceng tercampak di atas bonet kereta.
Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 2.20 petang pada Ahad lalu membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Ego ditunggangi seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bersama ibunya berusia 56 tahun.
Difahamkan, kejadian itu berlaku dipercayai motosikal berkenaan meluru laju serta melanggar lampu isyarat merah kerana mengejar sebuah kenderaan lain yang dinaiki oleh teman lelaki bersama seorang wanita.
https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1483811678055968768?
Menurutnya, Superintendan Mazuki lagi, kemalangan itu berpunca daripada penunggang motosikal berkenaan yang tidak mematuhi lampu isyarat merah menyebabkan pelanggaran berlaku dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang jurutera berusia 27 tahun.
Bagaimanapun, dua beranak yang menaiki motosikal berkenaan hanya mengalami cedera ringan. Malah, kertas siasatan telah dibuka di bawah Rule 10 LN166/59.
SUMBER: Sinar Harian