Bertahun bercinta pun, belum tentu kita tahu perangai sebenar pasangan. Bila dah kahwin, barulah kita tahu banyak perkara tentang pasangan.
Seperti video tular di aplikasi TikTok ini, seorang wanita berkongsikan video gelagat suaminya yang tiba-tiba rajin mengemas rumah. Namun rupanya tindakannya yang rajin mengemas itu sebenarnya ada muslihat tersendiri.
Benarlah apa dikata naluri isteri tidak pernah silap apabila si isteri yang merasakan sesuatu tidak kena dan terus memeriksa telefon suaminya.
Taktik suami akhrinya terbongkar apabila isteri menemui mesej perbualan dengan rakannya yang mengajaknya keluar lepak.
Namun, apa yang lebih melucukan apabila suami memaklumkan rakannya bahawa dia sudah pun memberitahu isterinya tentang rancangan mereka itu tetapi sebenarnya tidak.
Hasrat si suami untuk melepak tidak kesampaian apabila isteri mula membebel dan memberitahu sudah mengetahui rancangan rahsianya itu.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang terhibur dengan video berkenaan.
Malah, ramai yang bersetuju bahawa naluri seorang isteri sememangnya betul. Tidak kurang juga ada yang berkongsikan pengalamana sama seperti itu.
SUMBER: TikTok