Nama Dieja ‘Babi’, Pelanggan Mahu Saman Starbucks Malaysia

Jika anda pernah memesan minuman dari Starbucks, pasti anda tahu bahawa pekerja di kafe tersebut akan meminta nama anda untuk ditulis pada cawan supaya mudah untuk dipanggil apabila pesanan sudah siap.

Baru-baru ini, tular perkongsian di Facebook Meanwhile In Malaysia mengenai seorang pelanggan bernama Bavitra Ramachandran yang mahu menyaman Starbucks Malaysia.

Ia berikutan namanya diletakkan sebagai ‘Babi’ pada minuman yang dipesan olehnya.

“Starbucks Malaysia, saya akan menyaman anda!!!! Starbucks Sunway Medical Centre Starbucks Sunway Velocity, takkan awak punya pekerja Melayu tak tahu yang tiada manusia yang namanya bermula dengan babi,” tulisnya.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku di Starbucks Sunway Medical Centre atau Starbucks Sunway Velocity.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan wanita itu bahawa tiada orang di Malaysia ada nama seperti itu.

SUMBER: Meanwhile in Malaysia