Semalam umat Islam di Malaysia menyambut Ramadan pertama. Namun, terjadi perkara tidak diingini apabila azan Maghrib disiarkan lebih awal daripada waktu sepatutnya.
Sejak semalam, hangat diperkatakan apabila sebuah stesen radio menyiarkan menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal.
Memetik mStar Online, bagaimanapun peyampai radio Tawau FM iaitu Mohd Safwan Junit membuat permohonan maaf terbuka susulan kesilapannya itu.
Menjelaskan perkara itu di Facebook, Safwan berkata berlaku kesilapan teknikal apabila azan Maghrib disiarkan dua kali iaitu pada 6.16 petang dan 6.20 petang.
Dalam pada itu, tegasnya lagi perkara yang berlaku disebabkan kesilapan teknial dan dirinya sendiri.
“Kesilapan ini, adalah kesilapan dari diri saya sendiri dan bukan RTM Tawau atau Tawau FM.
“Yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Mohon ‘share’ permohonan maaf ini,” tulisnya.
SUMBER: mStar Online