Neelofa Akui ‘Majlis Perkahwinan Impian’ Musnah Gara-Gara PKP

Hubungan dengan Pencetus Ummah (PU) Riz semakin pulih, selebriti terkenal, Neelofa berkata dia akan berkongsikan mengenai majlis perkahwinannya dalam masa terdekat.

Dijangka bakal melansungkan perkahwinan pada Mac depan, Neelofa percaya bukan sahaja majlis perkahwinan impiannya sahaja hancur gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah orang lain turut berdepan situasi sama.

“Semua pasangan ada ‘dream wedding’. Saya percaya ramai yang terpaksa korbankan hal ini sebab situasi sekarang sangat tidak mengizinkan.

“Saya sendiri sudah berbincang juga dengan perancang perkahwinan, disebabkan pandemik dan kes yang masih tidak surut-surut, banyak perkara yang terpaksa dikorbankan. Insya-Allah, kita buat apa yang boleh sahaja.

“Secara amnya, semua ‘dream wedding’ pasangan bakal suami isteri hancur sebab memang tak boleh buat apa kerana Covid-19,” katanya.

Ditanya mengenai desas-desus mengatakan majlis akan dipercepatkan, Neelofa berkata dia sendiri masih belum mempunyai jawapan mengenai perkara itu.

“Saya akan kongsi dalam masa terdekat. Dengan keadaan sekarang, banyak perkara yang terhad. Saya sendiri cuba mendapatkan kepastian dengan menghubungi beberapa pihak sama ada sesuai atau tidak untuk mengadakan majlis.

“Banyak perkara yang masih belum jelas. Hubungan saya dengan Riz bagaimanapun semakin baik dan positif. Alhamdulillah. Saya akan kongsi, jangan risau,” katanya.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: KOSMO