Neelofa Bakal Lancar Aplikasi Al-Quran, Netizen Harap Dapat Ganti Muslim Pro

Umum mengetahui baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai aplikasi terkenal antarabangsa Muslim Pro yang didakwa menjual data lokasi kepada tentera Amerika Syarikat.

Susulan laporan tersebut, ramai yang bimbang dengan ancaman tersebut telah bertindak memadam aplikasi tersebut daripada telefon pintar mereka.

Aplikasi Muslim Pro menyediakan bacaan al-Quran secara dalam talian dan audio bacaan bagi memudahkan pengguna serta peringatan waktu solat serta penunjuk arah kiblat.

Nampaknya ada berita baik buat semua, baru-baru ini Neelofa dilihat ada memuat naik mengenai projek terbarunya di Insta Story dimana dia bakal melancarkan satu aplikasi tidak lama lagi yang diberi nama TheNoor.App.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram TheNoor.app, aplikasi tersebut akan menyediakan bacaan al-Quran secara dalam talian dan audio bacaan daripada Iman-iman Masjid Nabawi dan Mekah.

Dalam pada itu, rata-rata netizen teruja dengan pelancaran aplikasi itu dan berharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya sama seperti Muslim Pro.