Menerusi laporan Astro Awani hari ini, Neelofa hari ini menerima kunjungan keluarga PU Riz bagi menyempurnakan acara merisik.
BACA: Video Pendek Pesanan Ayah Kepada Menantu Ini Menyentuh Jiwa & Emosi Netizen
Menurut sumber, majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Dalam majlis itu, Neelofa dikatakan menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.
Tambahnya, sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan menunaikan solat Asar terlebih dahulu yang diimamkan oleh PU Riz.
PU Riz dan Neelofa sebelum ini sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain turut aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa.
Menurut sumber itu lagi, mereka difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac tahun hadapan, 2021. Malah keluarga pasangan ini juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.