Neelofa Menangis Lihat Video Kompilasi Detik Awal Pertemuan Dengan PU Riz

0
61887

Desas desus mengenai hubungan Neelofa dengan Pencetus Ummah (PU) Riz akhirnya terjawab apabila usahawan terkenal itu dirisik oleh keluarga PU Riz semalam di kediamannya di Petaling Jaya.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan. Difahamkan, Neelofa dan PU Riz bakal disatukan sebagai suami isteri penghujung Mac tahun hadapan.

Terbaru, Neelofa ada memuat naik perkongsian di Insta Story video dari laman fanclub lofa.page, dimana video berkenaan merupakan kompilasi detik-detik awal pertemuan Neelofa bersama bakal suaminya itu.

Video tersebut merupakan klip lama mereka berdua beberapa bulan sebelum Neelofa membuat keputusan untuk berniqab. Ternyata, video berkenaan menyentuh hati Neelofa.

Diruangan komen perkongsian video itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut serta turut tersentuh dengan video berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang menyamakan kisah cinta Neelofa dan PU Riz seperti kisah Nabi Muhammad bersama Siti Khadijah.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: Hotfm  & lofa.page