Seperti kita tahu setiap keluarga mempunyai adat dan peraturan mereka tersendiri. Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai perkongsian seorang pengguna Twitter @wanyusri16 yang berkongsikan peraturan makan di rumah Ayah Long.
Menerusi perkongsian tersebut, peraturan itu pasti akan disukai kaum lelaki kerana air basuh tangan akan disediakan, kaum lelaki akan makan dahulu dan wanita perlu bersiap sedia jika ada yang tidak cukup.
Bila makan di rumah Ayah Long. Ada peraturan yang mana lelaki mesti suka.
1. Air basuh tangan kena ada
2. Lelaki makan dulu, wanita standby tengok apa tak cukup.
3. Apa yg tak cukup, wanita yg cukupkan.
4. Sudah makan, laki tak dibenarkan angkat pingga ke sinki atau cuci. pic.twitter.com/XTkWdicnOq— أبو عبد الله (@wanyusri16) October 8, 2020
Bukan setakat itu sahaja, sebaik selesai sahaja makan lelaki tidak dibenarkan untuk mengangkat pinggan ke sinki atau mencui pinggan. Katanya dia pernah dimarahi Enda (Isteri Ayah Long) kerana mencuci pinggan selepas makan.
Malah, Enda turut mengatakan padanya tugas lelaki adalah makan sahaja manakala memasak, menghidang dan mengemas adalah tugas wanita.
Aku dah banyak kali kena marah dengan Enda (Isteri Ayah Long) sebab pi cuci pinggan lepas makan. Katanya tugas lelaki adalah makan sahaja. Memasak, menghidang dan mengemas adalah tugas wanita
Nampak macam mendikriminasikan wanita kan? Tapi ini la adat org dulu-dulu.
— أبو عبد الله (@wanyusri16) October 8, 2020
https://twitter.com/wanyusri16/status/1314096958844198912
Seperti sudah dijangka, perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen yang tidak bersetuju dengan ‘adat’ tersebut. Kata netizen, zaman sekarang sudah berubah dimana diskriminasi jantina tidak seharusnya wujud.
Hehe orang perempuan bandar mungkin takkan faham adat semacam ni. Pada depa tugas memasak mengemas tugas suami. Tapi depa lupa, membahagiakan suami tu kunci syurga.
— أبو عبد الله (@wanyusri16) October 8, 2020
Kata seorang netizen, jika bakal suami mahukan dilayan seperti ‘Ayah Long’ pastikan anda dibayar gaji setiap bulan seperti mana gaji anda bekerja sekarang supaya anda boleh duduk di rumah.
Dia ok je kalau tok laki yang cari duit..sedia kan segala keperluan dkt rumah.. perempuan pulak duduk rumah je..jaga anak..kemas rumah..masak..nanti sampai lah nafkah.. ikut lah tiap bulan ke.. tiap minggu ke..yang perempuan zaman sekarang bingit..sebab yang jantan pon pemalas
— 🤞🏻 (@lockmund13) October 8, 2020
https://twitter.com/nadzwareina/status/1314365872383774722
This what i love to see. no TOXIC MASCULINITY. And NO discrimination towards women. This is what AYAH LONG needs to SEE. It is not about the “adat” it is about the brain actually. https://t.co/YSwXqABcNd
— x (@x_x_xx_xxxx_cx) October 9, 2020
Netizen berkata lagi, jika isteri ‘Ayah Long’ gembira melayan suaminya seperti itu tidak mengapa tetapi tidak perlu minta anak lelaki atau lelaki lain untuk tidak melakukan kerja rumah kerana ia akan menyusahkan bakal isteri mereka kelak.
https://twitter.com/nolongerskek/status/1314172266859556864?
SUMBER: Twitter Wanyusri16