Semalam, kemalangan melibatkan dua tren LRT menggemparkan Malaysia dimana ia merupakan kelangan buruk pertama selepas 23 tahun LRT beroperasi. Kemalangan tersebut mengkibatkan 213 penumpang cedera dan 47 daripadanya cedera parah.
Susulan kejadian itu, Pengerusi Prasarana Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kos rawatan dan perubatan mangsa yang terlibat akan ditanggung pihak Prasarana.
Selain itu, kesemua mangsa terlibat akan menerima bantuan RM1,000 serta mangsa yang kehilangan kerja akibat insiden itu akan diberi bantuan kewangan sewajarnya.
“Prasarana dukacita dengan kejadian ini dan mengambil tanggungjawab penuh untuk membantu mangsa terbabit. Bantuan khas, kos rawatan dan pembayaran pampasan akan diberikan dalam masa terdekat kepada mangsa,” katanya.
Bagaimanapun, bantuan yang diberikan mendapat perhatian netizen yang tidak berpuas hati kerana hanya pampasan sebanyak RM1,000 diberikan kepada mangsa kerana ianya melibatkan nyawa.
RM1,000 akan diberi kepada 213 penumpang terlibat dalam kemalangan 2 tren LRT semalam.
Kos rawatan dan perubatan mangsa dimasukkan ke hospital juga akan ditanggung.
Bantuan kewangan juga diberi kepada mereka yang tidak boleh bekerja (tempoh hari akan ditetapkan)-Prasarana pic.twitter.com/xH4A3bEUsM
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) May 25, 2021
Kata netizen lagi, pampasan diberikan tidak mencukupi dengan apa yang kecederaan dan trauma yang dihadapi oleh mangsa terlibat. Netizen berkata bagaimana jika berlaku kematian daripada insiden berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang menasihati mangsa terlibat untuk menyaman pihak Prasana agar menerima wang pampasan yang sewajarnya.
Semalam, kejadian dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) dipercayai mengalami pelanggaran berhampiran stesen Kampung Baru. Dipercayai kejadian berlaku akibat masalah teknikal dan miscommunication di pusat kawalan.
SUMBER: Harian Metro