Netizen Berang Ada Pihak Ambil Kak Long Untuk Promosi Produk

Minggu lalu tular video di media sosial amukan seorang wanita dikenali di sebuah kedai serbaneka 7Eleven masih lagi menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Terbaru tular video wanita tersebut bersama anaknya membuat ‘review’ makanan di sebuah kafe di Terengganu. Video tersebut dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter.

https://twitter.com/AyamAcc/status/1500083985049092104

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa pelik mengapa kafe berkenaan memanggil wanita tersebut untuk membuat review sedangkan baru sahaja tular video memaparkan sikap biadabnya.

Perkara itu turut mendapat perhatian Ceddy yang merupakan antara ‘food review’ dimana dia bergurau selepas ini pasti sukar untuk dia cari makan.

Dalam pada itu, ada yang tidak faham mengapa ada pihak menormalisasikan orang biadab untuk menjadi influencer.

Sementara itu, ada segelintir netizen meninggalkan ‘bad review’ di Google pada kafe berkenaan susulan tindakan mereka memanggil wanita itu untuk membuat review makanan.

Bukan itu sahaja, di ruangan komen Instagram kafe berkenaan rata-rata netizen meluahkan rasa berang dan mengecam serta mahu memboikot restoran berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa video tersebut adalah video lama dan ianya dikongsikan semula. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada sebarang kenyataan daripada kafe berkenaan berhubung isu tular itu.

SUMBER: Twitter @ayamacc