Netizen Berang Mentaliti ‘Low Class’ Pengunjung Hotel 5 Bintang Bawa Periuk Nasi & Tilam

Sejak Jun lalu, ramai yang mengambil peluang untuk pergi bercuti selepas hampir tiga bulan terkurung di rumah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, banyak hotel dan pusat penginapan menawarkan harga murah untuk menarik lebih ramai pengunjung. Tidak ketinggalan, penginapan 5 bintang, Lexus Hibiscus di Port Dickson juga turut menawarkan harga murah.

Namun, apa yang tak sedap didengar apabila seorang netizen, Ainul Chenoi berkongsikan keadaan di Lexis Hibiscus Port Dickson dimana ada pengunjung yang melanggar peraturan hotel

Malah, lebih mengejutkan ada pengunjung yang bawa periuk nasi, joran, tilam sendiri dan banyak lagi.

Difahamkan, berikutan itu pihak Lexis Hibiscus Port Dickson sudah memperketatkan lagi peraturan dimana setiap pengunjung perlu mengisi borang nama mereka yang menginap dalam satu bilik. Ketika check in, spot check juga akan dijalankan.

Katanya, satu bilik hanya boleh memuatkan 7 orang dewasa sahaja dan kanak-kanak bawah 12 tahun tiada had. Bagaimanapun, 3 daripada 7 orang dewasa akan dikenakan caj kerana melebihi had yang ditetapkan.

Kata Ainul lagi, ramai yang membawa periuk sendiri sedangkan hotel berkenaan tidak disediakan dapur. Ainul turut menjelaskan mengapa hotel tidak membenarkan aktiviti memasak dalam bilik kerana boleh meninggalkan bau yang sukar untuk dihilangkan.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berang dengan sikap tidak bertanggungjawab pengunjung. Kata netizen sekiranya mempunyai keluarga yang ramai dan mahu memasak adalah lebih baik jika tinggal di homestay.