Hampir 10 tahun bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, bukan perkara mudah buat pelakon Rita Rudaini kerana dialah ibu dan dia juga bapa.
Baru-baru ni, Rita ada berkongsikan video di TikTok menjadi perhatian ramai memaparkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin.
Menerusi video itu, Rita dilihat sedang menyemak kjerja sekolah anaknya. Namun apa yang menjadi perhatian apabila Rita membaca ayat yang dibina oleh Rayyan sekaligus membuatkan pelakon itu ketawa.
https://www.tiktok.com/@ritarhdpvuv/video/7234799181070617863
“Seorang perempuan sedang menyisir rambut dengan menggunakan sikat supaya rambutnya tidak berterabur, Rayyan apa itu terabur, cikgu pernah ajar ke ayat berterabur?” tanya Rita.
Rayyan kemudian menjawab ibunya sering menggunakan ayat berkenaan. Rita yang tidak dapat menahan ketawa kemudian membetulkan semula ayat tersebut.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan ayat berkenaan. Malah, ada yang berkongsikan mereka juga pernah melalui pengalaman sama dimana anak mereka menulis ayat yang sering digunakan di rumah.