Netizen Cemas Tengok Budak 6 Tahun Bawak Kereta Sendiri Sebelum Kemalangan

Tiada siapa dapat menyangka seorang kanak-kanak berusia 6 tahun mengambil tindakan berani memandu sendiri kereta tanpa pengetahuan ibu bapanya mereka kerana mahu ke kedai untuk membeli mainan.

Lebih mengejutkan dalam kejadian berlaku di Jalan Bukit Tangga, Langkawi malam tadi, kanak-kanak itu turut membawa bersama adiknya, berusia 3 tahun.

Kanak-kanak terbabit dikatakan memandu sejauh 2.5 kilometer dari rumah memnadu kereta Toyota Vios milik keluarganya sebelum kemalangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VOCKET (@vocket)

Difahamkan, video kemalangan terbabit tular malam tadi dan orang ramai terkejut apabila mendapat tahu kereta itu dipandu oleh kanak-kanak.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dari arah Kampung Ulu Melaka menghala ke Kampung Nyiur Chabang telah terbabas dan melanggar tiang lampu berhampiran Kampung Titi Chanwang.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu hanya mengalami luka di dahi dan adiknya tidak cedera.

Kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, menerusi video dikongsikan di media sosial, rata-rata netizen cemas melihat kereta yang dipandu oleh kanak-kanak itu dipercayai dirakam oleh pemandu di belakang.

SUMBER: Instagram Vocket