Netizen Dakwa Sambal Khairul Aming Tak Sedap, Ada Yang Setuju?

Sebut sahaja nama Khairul Aming, sememangnya ramai mengenali personaliti media sosial ini yang terkenal dengan video masakannya yang membuat ramai terliur dan menyelerakan.

Malah, ramai tahu Khairul Aming turut mempunyai produknya sendiri iaitu Sambal Nyet yang kini sudah beribu terjual dan ramai yang menggemari rasanya.

Namun, baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna Twitter menjadi perhatian apabila menjawab soalan mengenai pendapat mereka tentang makanan.

Jawapan diberikan individu menjadi bualan apabila mendakwa sambal keluaran Khairul Aming tidak sedap.

 

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain dimana ada yang bersetuju sambal tersebut tidak sedap.

Kata seorang netizen dia menjangkan semakin lama pasti orang ramai akan beransur beli sambal tersebut namun jangkaannya salah kerana masih ramai yang membeli sambal tersebut.

Sementara itu, ada netizen mengatakan orang ramai membeli sambal tersebut bukan kerana ‘sambal’ berkenaan tetapi jenama Khairul Aming.

Dalam pada itu, ada segelintir mengatakan kenyataan individu itu sangat berani apabila mendakwa sambal Khairul Aming tidak sedap serta bertanyakan sama ada pernah rasa atau tidak.

Individu itu dilihat membalas dengan mengatakan dia sudah membeli sebanyak lima kali dan setiap kali dibuka ianya tidak pernah habis.

Melihat perkongsian lain, seorang netizen memberitahu ada yang mengatakan bahawa setiap ‘batch’ sambal dikeluarkan mempunyai rasa yang berbeza-beza dan disebabkan itu ada yang membeli lagi walaupun tidak sedap.

Malah, ada yang mengatakan, bukan sambal KA tidak sedap tetapi banyak lagi sambal lain yang sedap namun tidak popular dan sudah rezeki KA sambalnya kini popular.

Apa pun lain orang, lain citarasa mereka kerana ada sahaja yang memuji sambal keluaran Khairul Amin sedap dan memenuhi apa yang mereka mahukan.

SUMBER: Twitter