Netizen Dakwa Susu Diberi Percuma Hampir Tamat Tempoh, Ini Jawapan Daripada Wakil Nilofa

Sejak semalam tular di media sosial mengenai perkongsian selebriti terkenal Neelofa yang berkongsi rezeki dengan memberikan susu durian secara percuma kepada orang ramai.

Susulan pengumuman tersebut, tular hantaran memaparkan barisan panjang di salah sebuah gudang Nilofa yang terletak di Meru, Klang.

Bagaimanapun, ada netizen mendakwa susu durian yang diberikan secara percuma itu sudah hampir tampat tarikh luput.

Memetik portal The Vocket, sumber terdekat Nilofa memberitahu susu berkenaan sebenarnya memang untuk diberikan kepada orang ramai.

Kata sumber itu lagi, jika susu itu diambil dalam bilangan yang sedikit ia tidak akan menjadi masalah kerana boleh diminum sebelum tarikh luput.

Bagaimanapun, apa yang menjadi masalah apabila ada yang mengambil dengan jumlah yang banyak kemudian menjadikan perkara itu sebagai isu.

Difahamkan lagi, susu tersebut sebenarnya sepatutnya dihantar ke China tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, ada barang dagangan yang tidak boleh dihantar ke sana.

Tidak mahu membazirkan susu berkenaan, Nilofa mencadangkan susu tersebut diberikan secara percuma kepada orang ramai.

Terdahulu, Neelofa berkata ini adalah kempen terbesar dalam sejarah Nilofa memberikan susu kepada orang ramai secara percuma.

Produk Nilofa ini menggunakan susu segar premium dari Australia dan bahan semula jadi untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat serta tanpa bahan pengawet tambahan atau pewarna tiruan.

SUMBER: The Vocket