Baru-baru ini tular di media sosial gambar kemalangan melibatkan sebuah motosikal berkuas tinggi BMW melanggar sebuah kereta Proton Saga.
Namun apa yang menjadi perhatain bahagian belakang Proton Saga remuk teruk, namun motosikal BMW R1200 GS itu masih teguk seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Susulan itu, foto tersebut menjadi bahan ketawa netizen serta da yang melabel kualiti kereta tempatan sangat rendah dan memangilnya sebagai ‘tin milo’.
Bagaimanapun, seorang netizen tampil menjelaskan mengapa mengapa bahagian hadapan dan belakang kereta sengaja dibina untuk mudah remuk dan kemek.
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan kereta zaman sekarang dibina dengan crumple zone dimana ia bertujuan menyerap hentakan untuk mengurangkan impak pada tengah badan kereta apabila berlakunya kemalangan.
Netizen itu juga memberitahu, keadaan kereta yang statik pula membuatkan kereta tersebut tidak mempunyai kesana momentum. Berbeza pula dengan motosikal BMW yang mempunyai momentum dan sedang bergerak sewaktu pelanggaran berlaku.
Untuk pemahaman lebih mudah, sekiranya kereta itu tidak mempunyai crumple zone, kesemua tenaga hentakan akan dipindahkan kepada penumpang dalam kereta dan menyebabkan kesan lebih teruk.
Namun menurutnya, kereta berjenama mewah sudah pasti menggunakan material dan teknologi yang lebih hebat dalam menyerap hentakan apabila berlaku kemalangan.
Ujarnya, tidak sesuai untuk membandingkan kereta mewah dengan kereta jenama tempatan yang hadir dengan harga yang jauh lebih rendah.