Sebut sahaja Cameron Highlands sememangnya ia menjadi destinasi rakyat Malaysia untuk melancong. Selain menikmati keindahan semula jadi disana, ramai yang sukakan cuacanya yang sejuk.
Baru-baru ini, beberapa pengguna Facebook ada berkongsikan keadaan di Cameron Highlands yang berkabus tebal dan suhu mencecah 17°c.
Melihatkan gambar tersebut sudah terbayangkan rasa dingin seperti berada di luar negara. Perkongsian tersebut mendapat pelabagai reaksi netizen yang meluahkan rasa rindu untuk bercuti ke sana.
Malah, ada netizen mengatakan ada hikmah disebalik pandemik ini apabila Cameron Highlands kembali sejuk dan udara disana semakin bersih serta tiada lagi pencemaran disebabkan asap kenderaan.
Apa yang pasti, ramai yang sudah tidak sabar untuk ke sana lebih-lebih lagi jika keadaan negara kembali pulih kelak. Namun, buat masa ini, marilah sama-sama patuh pada arahan kerajaan agar sektor industri pelancongan negara kita kembali bernafas.