Netizen Kecam Aliff Syukri, Anak Takut Kambing Lagi Dipaksa Paksa Pegang

Baru-baru ini, jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik video memperkenalkan kambing peliharaannya yang diberi nama Adik.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian ramai anak angkatnya Ameena meraung-raung dan berlari ketakutan apabila diminta untuk memegang kambing berkenaan.

Dapat kedengaran daripada video dikongsikan Ameena mengatakan dia takut dengan kambing berkenaan.

https://www.instagram.com/p/CQgVlHYJpue/

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan usahawan tersebut apabila seolah memaksa anak angkatnya yang ketakutan itu memegang kambing peliharaannya.

Meskipun hanya mahu mengusik, netizen meluahkan rasa kasihan terhadap Ameenda serta mengatakan tindakan tersebut boleh menyebabkan trauma terhadap kanak-kanak berkenaan.

Kata netizen lagi, jika budak tersebut takut jangan dipaksa untuk jadi berani kerana belum sampai masanya lagi. Malah, netizen turut kasihan dengan Ameena yang seolah tiada siapa peduli melihat dia ketakutan.

Bagaimanapun, ada yang mempertahankan tindakan Aliff itu bukan untuk menyakat tetapi mahu Ameena jadi berani dan hilangkan perasaan takut.

Tidak kurang juga, ada yang membezakan layanan Aliff terhadap anak angkatnya, namun ada yang mengatakan Ameena cukup bertuah diambil sebagai anak angkat apatah lagi hidup bersama keluarga berada.