Netizen Kecam Babak Siti Saleha & Shah Iskandar Dalam Kereta Dikecam, Macam Baru Lepas ‘Projek’?

Nampaknya, terubat rindu peminat apabila pelakon Siti Saleha apabila bakal muncul dalam satu drama bersiri, ‘Love In Lockdown’.

Menerusi drama itu, Saleha membawa watak frontlier sebagai Suzanna yang merupakan seorang doktor.

Semalam tular klip pendek drama tersebut memaparkan Suzanna berjumpa dengan suaminya yang dilakonkan oleh Shah Iskandar.

Difahamkan, babak itu ditunjukkan di sebuah portal dalam satu tayangan perdana. Namun, klip tersebut dikecam teruk oleh netizen selepas ianya dimuat naik di Twitter.

Pada awalnya Suzanna sedang berbual dengan suaminya selepas tidak berjumpa selama 6 bulan lamanya.

Malah, suaminya bertanya jika mahu keluar makan bersama, namun Suzanna memberitahu bahawa dia hanya mempunyai satu jam sahaja waktu rehat.

Kemudian suaminya menyoal apa yang boleh dilakukan dalam masa satu jam dan babak seterusnya menunjukkan mereka berada di bahagian tempat duduk belakang kereta sambil tergopoh gapah membetulkan pakaian.

Babak tersebut mengundang kecaman netizen yang seolah kurang senang serta tidak percaya babak seperti itu ada di dalam drama Melayu.

SUMBER: Twitter Dauspozi