Netizen Kecam Tindakan Geng Baca Al-Fatihah Waktu Lepak Untuk Tipu Isteri

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok memaparkan sekumpulan lelaki dilihat sedang lepak di sebuah kedai makan.

Meskipun dilihat biasa, namun apa yang menjadi perhatian seorang lelaki dilihat sedang menjawab panggialn telefon daripada isterinya dan rakan-rakan yang lain membaca surah Al-Fatihah untuk ‘cover’ kawannya itu.

Menerusi video tersebut turut ditulis,”Ni baru brotherhood. Bila bini call, kawan kawan support”. Mungkin video dirakam hanya untuk hiburan apatah lagi ramai netizen terhibur dengan tindakan rakan-rakan lelai berkenaan.

Bagaimanapun, video itu mendapat reaksi daripada seorang netizen bernama Akhtar Syamir yang berpendapat ianya tidak kelakar sebaliknya tindakan tersebut memalukan.

Menurutnya, mungkin rakan-rakan mahu memberi support dengan membaca Al-Fatihah kononnya ingin menggambarkan si suami sedang berada di majlis ilmu atau di surau atau masjid.

Netizen itu turut mempersoalkan komunikasi antara lelaki berkenaan dan isteri sehingga perlu menipu untuk lepak bersama kawan-kawan dan mempersendakan ayat Al-Quran.

Kata netizen lagi, apa salahnya berterus terang dengan isteri jika mahu melepak. Ujarnya, dia juga memahami suami juga perlukan ‘Me Time’ tetapi tidak perlu sampai menipu.

“Saya nak sarankan semua pasangan, berbincanglah pasal perkara ni. Para isteri pun tolong faham sama. Asalkan tak terlalu kerap sampai mengabaikan keluarga atau buat perkara yang tak baik, apa salahnya kan? Bincang elok-elok lepak kat mana, dengan siapa, sampai pukul berapa?,” tulisnya.

Dalam pada itu, lelaki itu turut meminta para isteri supaya tidak perlulah marah jika suami terlewat dan tidak perlu mesej atau telefon sepanjang masa ketika melepak bersama rakan kerana ia memalukan suami.

Akhtar turut menitip pesanan ekpada suami juga supaya janganlah asyik melepak bersama kawan-kawan sahaja sehingga isteri dan anak dipinggirkan.

Ujarnya, pembahagian masa itu penting dan janganlah sehingga asyik bersama rakan dan tiada masa bersama keluarga meksipun hari-hari jumpa di rumah.

Pesannya lagi, perhubungan bukan sahaja sebelah pihak sahaja kerana jika suami perlukan masa dengan kawan, isteri juga perlukan masa yang sama.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat Akhtar itu. Bagaimanapun, ada yang mengatakan tidak semua memahami apa yang dilalui oleh lelaki berkenaan.

SUMBER: Facebook Akhtar Syamirr