Netizen Loya Tengok Sekumpulan Lelaki Makan Aiskrim Atas Tuala Wanita

0
2074

Setiap kali musim panas, sememangnya ramai yang memilih untuk menikmati makanan sejuk untuk melegakan tekak terutamanya aiskrim.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok memaparkan sekumpulan lelaki menikmati askrim bersama-sama.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian ramai netizen yang melihat melihat video tersebut apabila bekas yang digunakan mereka memang tak masuk dek akal.

Dalam video tersebut dapat dilihat ada yang menggunakan plastik, pelitup muka dan lebih mengejutkan ada yang menggunakan tuala wanita untuk dijadikan bekas makan aiskrim.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan video tersebut dari mana dan ada yang mendakwa terjadi di luar negara.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geli dan loya melihat cara sekumpulan lelaki itu menikmati aiskrim.

Rasanya boleh saja terus makan dari bekas aiskrim tersebut memandangkan ada sudu. Makin mengarut konten zaman sekarang. Tapi, yang peliknya mana dapat tuala wanita?

SUMBER: TikTok