Netizen Marah Betul KKM, Apa Faedah Acara Lampu Biru Di Putrajaya

0
3283

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bangunan dan persekitaran di Putrajaya akan dinyalakan lampu biru bermula 12 sehingga 15 November sebagai tanda penghargaan kepada frontliners yang memberi perkhidmatan penjagaan Diabetes.

Meskipun usaha KKM itu adalah untuk menghargai para frontliner namun ada ramai netizen nampaknya kurang senang dengan inisiatif tersebut.

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1326769540932513792

Dengan keadaan semasa di mana hampir satu Malaysia sedang menjalani PKPB, pasti sukar untuk orang ramai ke Putrajaya untuk melihat acara lampu biru tersebut.

Dalam pada itu, ramai yang tertanya-tanya apa faedah yang diperoleh daripada acara tersebut. Malah, ada yang persoalkan adakah ianya dapat meringankan beban frontliner.

Kata netizen lagi, dengan pandemik COVID-19 yang mencatatkan kes tinggi adalah lebih baik jika wang untuk menyalakan Putrajaya dengan warna biru disalurkan kepada para frontliners atau serapkan pekerja kontrak ke jawatan tetap jika mahu memberi penghargaan.

Ada juga netizen mengatakan dengan mengadakan acara itu mungkin akan menarik ramai untuk datang melihat dan sekaligus akan mencetuskan kluster lightUpBlue.