Netizen Panas Hati Tengok Tindakan Biadap Lelaki Ini Maki & Campak Duit Pada Pekerja McD

0
9702

Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan seorang lelaki memuat naik video di aplikasi TikTok yang berang dengan pekerja restoran makanan segera McDonald’s yang gagal mendengar pesanannya secara pandu lalu dengan baik.

Menerusi video tersebut, kedengaran lelaki itu memesan nasi lemak McDonald’s, bagaimanapun dimaklumkan nasi pada restoran berkenaan sudah habis.

Lelaki itu kemudian memesan tiga ketul ayam goreng McDonald’s. Selesai membuat pesanan, pekerja McDonald’s mahu mengesahkan jumlah ayam goreng yang dipesan.

Mungkin tidak dapat mendengar dengan jelas jumlah ayam goreng yang dipesan, lelaki tersebut yang berang bertindak memaki pekerja tersebut kerana dengan pekerja tersebut  gagal mendengar pesanannya dengan baik.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut mencampak wang apabila tiba di tempat bayaran laluan Drive-thru Mcdonald’s.

Mungkin merasakan tindakannya itu ‘tidak salah’, lelaki itu memarahi pekerja berkenaan kerana lambat memulangkan baki wang. Meskipun pekerja berkenaan memohon maaf namun lelaki tersebut menjawabnya dengan cara yang kasar.

Video tersebut yang tular di laman Twitter mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang panas hati dengan tindakan lelaki berkenaan yang memaki pekerja berkenaan.

Kata netizen lagi, mungkin tindakan lelaki itu memesan McDonald’s untuk dijadikan konten sebaliknya menunjukkan ‘kebodohan’ sendiri pada orang ramai. Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa kasihan dengan pekerja tersebut apabila menerima layanan sebegitu.

Difahamkan, susulan video tular itu lelaki tersebut sudah pun menurunkan video berkenaan serta menutup akaun TikTok miliknya.

SUMBER: The Vocket