Netizen Pernah Dakwa Neelofa Bakal Berniaga Niqab, Ini Jawapan Beliau

0
12256

Tampil berniqab pada Oktober lalu, timbul spekulasi apabila netizen mendakwa pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa memakai niqab untuk menjual menerusi jenama tudungnya Naelofar.

Tidak mahu salah faham itu berterusan, Neelofa menjelaskan niqab yang dipakai adalah koleksi peribadinya dan bukan untuk dijual seperti yang didakwa.

“Niqab yang saya pakai, hanya dibuat untuk saya, bukan untuk dijual. Saya tak mahu ada salah faham dan cerita kurang enak sebab saya berniqab,” katanya.

Menerusi sesi siaran langsung dalam aplikasi beli belah, Shopee, semalam, selebriti berusia 31 tahun itu turut mempromosikan potongan harga bagi jenama tudung serta susu berperisa keluarannya.

Mengulas berkenaan susu berperisa mangga yang menggunakan #semaniscintapertama, Neelofa menafikan mempunyai kaitan dengan hubungannya bersama bekas Pencetus Ummah (PU) Riz.

“Perancangan ini adalah aturan Allah SWT, bukan saya. Secara kebetulan, ada satu majlis yang berlaku pada masa produk ini dilancarkan.

“Ia datangnya daripada pihak yang lain, bukan saya. Tetapi, fakta menarik, Haris lagi suka susu pisang daripada mangga,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa mengakui sedang memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik serta menyuarakan hasratnya untuk belajar bahasa Arab.

“Pastinya saya mahu menukar masa lampau. Saya mahu ‘single’ sepanjang tempoh remaja dan terus berkahwin. Dan satu lagi keinginan saya belajar bahasa Arab,” katanya.

SUMBER: BH Online