Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan penukaran nama Jalan Raja Laut 1 kepada Jalan Palestin.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali telah merasmikan penukaran nama Jalan Raja Laut 1 kepada Jalan Palestin, Sabtu lalu.
Menurut DBKL penukaran tersebut adalah sebagai simbol sokongan negara Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dalam menentang penindasan dan seterusnya menubuhkan sebuah negara Palestin.
Cadangan mewujudkan Jalan Palestin di Kuala Lumpur tercetus semasa Majlis Himpunan Hari Quds Sedunia yang diadakan di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei 2019 lalu.
Bagaimanapu netizen mempersoalkan tindakan tersebut yang sewenang-wenangnya menukar nama jalan dan seolah melupakan jasa Raja Laut yang juga individu penting yang mencorakkan sejarah Kuala Lumpur.
https://twitter.com/IyzatHamdan/status/1309959525965860864
Malah, ada yang mengatakan tindakan menukar nama Jalan Raja Laut kepada Jalan Palestin itu tidak melambangkan Malaysia.
Punyalah ikonik nama jalan raja laut tu bantai ditukarnya. Banyak lagi nama jalan lain boleh ditukar.
— Jack Kapitan (@carrick4Ballond) September 27, 2020
Some people agree some people don’t. Why they changed the name is mystery for me. But logically for me, its good bcs they can raise awareness towards Palestine. Whenever they read or, use this road they will aware of Palestin. Good idea.
— Travis Scott ➐ (@JoeXXll) September 27, 2020
Dalam pada itu ada yang mempertahankan tindakan pihak DBKL yang mengatakan ia idea yang bagus kerana sekaligus dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang apa yang berlaku di Palestin.
Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menuntut penjelasan daripada pihak DBKL yang menukar nama Jalan Raja Laut 1 kepada Jalan Palestin.
Saya tiada halangan nak makan jln Di KL Jalan Palestine,tanda sokongan KL kpd perjuangan pembebasan AL QUDS.Namun sy maukan penjelasan kenapa pilih tukar nama JLN RAJA LAUT,nama besar Sejarah Melayu Dan KL.Kenapa tak tukar nama Inggeris spt JLN STONOR,JLN CONLAY,COCHRANE ROAD DLL https://t.co/8obBy4COcM
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) September 27, 2020
“Saya tiada halangan nak namakan jalan di Kuala Lumpur Jalan Palestine, sebagai tanda sokongan Kuala Lumpur kepada perjuangan pembebasan AL QUDS.
“Namun saya mahukan penjelasan kenapa pilih tukar nama Jalan Raja Laut, nama besar Sejarah Melayu dan Kuala Lumpur. Kenapa tak tukar nama Inggeris seperti Jalan Stonor, Jalan Conlay ,Cochrane Road dan lain-lain,” tulisnya.