Netizen Persoal Neelofa Lancar Selipar ‘Muslim Friendly’

Sejak kebelakangan ini ada sahaja isu panas hangat diperkatakan mengenai selebriti popular Neelofa. Belum reda isu rentas negeri di Langkawi, ada pula topik baru menjadi bualan netizen.

Baru-baru ini, Neelofa merasmikan satu kolaborasi baru di antara aplikasi islamik miliknya The Noor bersama satu jenama kasut terkenal. Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram, kasut berkenaan kelihatan seperti slip on getah.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah ciri selipar itu dikatakan ‘muslim-friendly’ ataupun mesra Muslim.

Seperti sudah dijangka, ramai netizen mempersoalkan perkara itu yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan selipar itu mesra Muslim.

SUMBER: Twitter