Netizen Puji Anak Shuib Kutip Makanan Bersepah Bawah Meja Di Kedai Makan

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok memaparkan anak kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Ariq Matin menjadi perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, anak ketiga pelawak itu dilihat sedang mengutip makanan yang dimakan oleh adiknya, Ayash Affan yang tertumpah di bawah meja.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan Matin itu serta bangga dengan Allahyarham Siti Sarah memberikan didikan yang baik terhadap anak-anaknya.

Malah, ada netizen yang mengimbau kembali video dimana arwah Siti Sarah mengajar anaknya itu untuk mengutip makanan jika bersepah.

Dalam pada itu, ramai yang sayu melihat kasih sayang Matin buat adiknya itu serta mendoakan agar menjadi anak yang soleh.

SUMBER: Xtra