Netizen Puji Tegar Nyanyi Lagu Gadis Jolobu, Tak Bunyi Indonesia Langsung

Semalam seramai 8 peserta berentap merebut tempat untuk ke separuh akhir Big Stage. Apa yang menariknya malam tadi, peserta diberikan tugas bertemakan ‘Revolusi 36T’

Dalam konsert semalam, peserta diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu jauh berbeza daripada genre kebiasaan mereka.

Antara yang menjadi perhatian adalah persembahan dari peserta Indonesia iaitu Tegar Septian yang menyampaikan lagu ‘Gadis Jolobu’ nyanyian asal Dato’ Hattan dan Waris.

Malah, Tegar juga menduduki tempat ketiga dengan markah yang diraih sebayak 84 peratus.

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna TikTok, rata-rata netizen memuji persembahan Tegar yang menyebut jelas perkataan dalam lagu dalam loghat Negeri Sembilan.

https://www.tiktok.com/@tengku_quden/video/7074603483302808859?

Malah, ada netizen yang merupakan orang Nogori turut approve cara Tegar menyanyikan lagu loghat Negeri Sembilan itu yang dilihat tidak kekok langsung.

Tidak kurang juga, netizen juga terkejut kerana tidak lansung dengar bunyi Indonesia ketika menyampaikan lagu berkenaan.

Dalam video dikongsikan itu juga, juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza juga turut enjoy dengan persembahan Tegar itu, malah Ajai juga dilihat tersenyum melihat nyanyian penyanyi Indonesia itu.

SUMBER: TikTok Tengku Quden