Netizen Samakan Ismail Izzani Macam Nobita, Tak Sesuai Jadi Hero Drama

Umum mengetahui, sekarang sedang hangat diperkatakan mengenai drama Bukan Hanya Sekadar Cinta yang dilakonkan oleh Ismail Izzani bergandingan dengan, Sofia Dendroff. 

Baru-baru ini tular babak drama tersebut dikongsikan oleh pengguna di TikTok memaparkan Ismail yang membawa watak Isa Rafael memeluk pinggang dan melakukan aksi romantis bersama Sofia.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang dengan pemilihan Ismail sebagai hero drama yang dianggap tidak sesuai.

https://www.tiktok.com/@miniredeyla/video/7238479918638697729

Tidak kurang juga, ada yang menyamakan Ismail seperti watak Nobita dalam siri animasi popular Jepun, Doremon.

Lebih menghiburkan, ada netizen mengatakan mereka seolah melihat Nobita dan Sizuka dalam kehidupan realiti.

Untuk info, drama terbitan A Aida Production itu turut dibintangi oleh Muaz Zabir, Daniella Sya, Syamim Farid, Liza Abdullah dan ramai lagi.