Umum mengetahui sejak pandemik COVID-19 melanda negara, pelbagai usaha dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan bagi mengelakkan penularan wabak membawa maut itu.
Malah, kerajaan turut menguatkuasakan denda RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Bagaimanapun, boleh dikatakan ramai yang mengambil remeh dengan amaun tersebut.
Terbaru, KKM mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan menaikkan denda bagi kesalahan kompaun di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dari adar semasa RM1,000 kepada RM10,000.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka yang dipinda itu telah dikemukakan kepada Parlimen baru-baru ini dan akan mengambil sedikit masa untuk diluluskan.
“Akta itu digubal pada 1988 dan kadar RM1,000 itu adalah munasabah pada ketika itu tetapi sekarang kita perlu menyemaknya semula… Jadi saya serahkan kepada Parlimen untuk membuat keputusan,” katanya
Cadagan itu mendapat sambutan positif daripada rata-rata netizen dalam masa yang sama dapat mendidik masyarakat yang masih berdegil dan tetap ingkat SOP sedia ada.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen mempersoalkan adakah kompaun RM10,000 itu hanya turut sama dikenakan kepada menteri yang ingkar juga susulan isu terpali seorang menteri baru-baru ini.
Kata netizen lagi, tiada masalah untuk mencadangkan berapa sahaja kompaun tetapi perlulah dikenakan kepada semua pihak ingkar dan bertindak adil.
SUMBER: Sinar Harian