Netizen Tak Sabar Tengok Warna Baju Penyimpan Mohor Besar, Ramai Teka Warna Hitam

Setiap tahun pasti ramai tidak sabar menantikan kemunculan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad muncul di kaca televisyen bagi mengumumkan tarikh Hari Raya.

Malam ini, ramai yang berdebar dan tertanya-tanya bilakah tarikh hari saya puasa sama ada jatuh pada esok ataupun Sabtu.

Bukan saja pengumuman raya yang dinantikan, malah warna baju yang dipakai oleh Syed Danial turut ternanti-nanti orang ramai.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna meminta netizen untuk meneka warna baju apa yang menjadi pilihan beliau tahun ini.

Pelbagai jawapan diberikan oleh netizen, namun ramai yang meneka warna hitam menjadi pilihan beliau pada malam ini. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.