Netizen Tak Sanggup Tengok, Kanak-Kanak Berlari Di Luar Pagar Kondominium

0
19613

Kisah kecuaian ibu bapa terhadap anak kecil banyak dipaparkan media sosial. Seperti video tular baru-baru ini, ramai netizen berderau darah tengok aksi kanak-kanak ini.

Mana tidaknya, video yang viral di Facebook itu memaparkan seorang kanak-kanak dilihat berlari di luar pagar kondiminium rumahnya. Menerusi perkongsian video itu, lokasi berkenaan dipercayai di Selayang.

Dapat dilihat, kanak-kanak berkenaan berdiri di ruang antara pagar balkoni seperti tiada apa-apa sedangkan rumahnya mungkin berada di tingkat 10.

Lebih membuatkan netizen tak sanggup tengok apabila kanak-kanak berkenaan berjalan ke balkoni rumah sebelah. Tidak lama kemudian kanak-kanak itu memanjat masuk kembali ke rumahnya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang seriau melihat aksi kanak-kanak itu serta bimbang jika ada perkara buruk menimpa kanak-kanak itu.

Malah, ada yang memberi nasihat kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk memasang pagar untuk keselamatan. Kata netizen lagi, mungkin ibu bapa kanak-kanak berkenaan tidak tahu anak mereka berbuat demikian.

Sementara itu, seorang netizen memaklumkan kes tersebut sudah selesai dan ibu bapa kanak-kanak berkenaan sudah menerima teguran untuk menambahkan lagi keselamatan rumah.

Apa pun diharap video tular ini menjadi pengajaran buat ibu bapa diluar sana untuk lebih peka tentang keselamatan anak meskipun anda berada di rumah. Lebih baik beringat-ingat kerana malang tidak berbau nyawa anak tiada ganti.