Netizen Tak Senang Fasha Sandha Kongsi Gambar Dengan Kazar

Baru-baru ini perkongsian pelakon Fasha Sandha menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama pelakon sensasi, Kazar Saisi.

Menerusi foto dikongsikan, Fasha memuat naik gambar ketika menjalani penggambaran bersama Kazar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Bagaimanapun, perkongsian Fasha itu menimbulkan rasa kurang senang netizen melihat aktres itu bergambar bersama Kazar.

Tidak kurang juga, ada yang meminta Fasha memadam gambar bersama Kazar itu kerana meluat dengan pelakon berkenaan.

Sebelum ini, nama Kazar hangat menjadi perbualan ramai selepas menjadi wali kepada anaknya, Ira Kazar untuk bernikah dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof di Thailand.