Netizen Tanya Pasal Konsert Coldplay, The Melvins Nak Tiket Ustaz Wadi & Ustaz Abdullah Khairi

Sebut saja nama The Melvin, sememangnya gelagat adik-beradik itu sentiasa menjadi perhatian ramai apatah lagi semuanya memang sempoi belaka.

Baru-baru ini, tular video di TikTok dimana netizen bertanyakan kepada The Melvins mengenai tiket konsert band popular Birtish, Coldplay.

Adik beradik itu menjawab, mereka tiada tiket konsert Coldplay, namun sekiranya peminat ada tiket ceramah pendakwah terkenal itu boleh maklumkan pada mereka.

@hmmtakkenal

haa dengaq tu ampa, toksah dok tanya lgi 😂 #themelvins #syatillamelvin #syidamelvin #syafiqamelvin

♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, silly, loose, comical, farce(1295330) – Ponetto

“Kalau ada tiket-tiket ustaz Wadi kah, ustaz Abdullah Khairi kah, habaq (beritahu). Kalau Coldplay kah, hotplay kah, jangan tanya kami.

“Hari tu mereka (coldplay) nak buat konsert dekat Malaysia, mereka tanya kami dulu, boleh kah nak datang. Kami kata suka lah nak buat konsert.

“Kami pun tanya lah surau-surau dekat sini kalau-kalau ada padang kah dewan kah yang kosong, tapi tak boleh full untuk rumah terbuka,” kata mereka.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan galagat spontan adik-beradik Syatilla itu.

Dalam pada itu, ada yang memuji mereka yang lebih utamakan acara keagamaan berbanding konsert.

SUMBER: Cari Forum