Netizen Tercengang Bila Che Ta Dedah Saiz Pinggang

Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperkatakan.

Malah, ramai wanita diluar sana mengagumi kecantikan pelakon yang mesra disapa Che Ta itu serta dilihat nampak muda meskipun usia sudah mencecah 50 tahun.

Baru-baru ini, perkongsian Che Ta ada memuat naik gambarnya memakai busana berwarna biru serta mendedahkan saiz pinggangnya yang dikatakan hanya secekak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

“Pinggang kami saiz 22 inci hampa, secekak ja. Dia macam tak tau nak beza leher atau pinggang, hahahah!,” kongsinya.

Sementara itu, Che Ta mengatakan dia tidak mengamalkan diet untuk mendapatkan saiz tersebut sebaliknya hanya mengawal pemakanan.

Perkongsian Che Ta itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen tercengang apabila mendapat tahu saiz pinggang isteri kepada Zain Saidin itu.