Netizen Tergamam Tengok Bilik Anak Che Ta, Saiz Bilik Air Macam Ruang Tamu

Sebut sahaja nama anak pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rhana, ramai yang suka melihat gelagat comel dan kecantikan kanak-kanak berusia 9 tahun itu.

Baru-baru ini, tular video di aplikasi TikTok memaparkan bilik tidur anak Che Ta. Dapat dilihat pemilik video berkenaan berpeluang melawak ke bilik tidur Aaisyah.

@nurkhalaf

Heaven nya ampaaaaa Nak jadi anak Che Ta gak lah!

♬ original sound – Nur Khalaf – Nur Khalaf

Menerusi video berkenaan, kelihatan bilik Aaisyah bertemakan warna pink dan ruangan biliknya yang luas. Bukan itu saja, ruangan bilik air sememangnya cukup besar dan turut dilengkapi dengan bath tub.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut melihat saiz bilik tidur yang sangat luas.

Malah, ada yang mengatakan saiz bilik tidur Aaisyah sama saiz dengan sebuah apartment dan bilik airnya seperti saiz ruang tamu rumah mereka.