Netizen Terhibur Tengok Sesi Live Sajat Kutuk Si Penyondol

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai pasangan berlaku curang dan rumah tangga diganggu penyondol.

Baru-baru ini, menerusi sesi live, usahawan sensasi Sajat menjadi perhatian apabila bercerita tentang perangai penyondol.

Menerusi video tular di TikTok, Sajat berkata sikap penyondol lagi teruk dari hantu kerana tidak faham bahasa. Malah, Sajat mengatakan penyondol lebih teruk kerana tidak tahu malu.

https://www.tiktok.com/@sajatperempuanfuh/video/7231481017914232072?

“Hantu ni macam mana pun dia faham bahasa.kalau orang tak suka, dia blah. Manusia tak suka, lagi canak dekat depan mata tu.

“Tambah-tambah penyondol, lagikita kata jangan kacau laki kita tau, lagi dia menyondol lagi laki orang. Ha itulah perangai orang sekarang tak reti malu.

“Hantu kau nampak, kita baca surag rukiah ke apa lari. Kalau manusia, kau baca surah rukiah ke apa ke pergi mamp*s, dia kata kalau selagi aku tak dapat hal aku, aku nak juga,” katanya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan kenyataan Sajat itu. Kata netizen lagi, adakalanya dalam melawak Sajat turut menyelitkan mesej.

SUMBER: Xtra