Setiap kali memperkenalkan kolek terbaru, jenama dUCk pasti akan menjadi perhatian ramai, mana tidaknya sebelum ini sudah beberapa kali didakwa meniru idea atau rekaan jenama lain.
Nampaknya, produk terbaru dUCk iaitu pin magnet sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila ramai mendakwa rekaan pin magnet ini telah meniru rekaan jenama besar, Bokitta.
Malah, Bokitta dalam satu kenyataan di Facebook mengucapkan tahniah kepada Pengarah Reka Bentuk dan co-founder Hala Absi yang berasal daripada Lubnan kerana berjaya menjadi ‘inspirasi’ kepada jenama lain.
Difahamkan, Hala Absi telah bertungkus lumus untuk menghasilkan variasi idea produk aksesori keluaran Bokitta termasuk BOKITTA MAGNETIC SHAPERS™ yang dikeluarkan pada tahun 2019.
Rata-rata peminat Bokitta mendatakan aksesori hijab tersebut telah dikeluarkan oleh jenama berkenaan sejak tahun lalu dan semalam jenama dUCk keluarkan produk berkenaan. Netizen juga berpendapat rekaan yang ditonjolkan sama dengan aksesori hijab Bokitta.