Nik Abduh: Angkat Tangan Berdoa Bila Hadapi, Bukan Angkat Bendera Putih

Sejak semalam, netizen melancarkan kempen angkat bendera putih bagi membolehkan orang ramai membantu mereka yang dalam kesusahan.

Perkara itu diuar-uarkan di media sosial dan pihak yang memerlukan bantuan disarankan mengibarkan bendera putih supaya jiran sekeliling dapat tahu jika anda menghadapi kesukaran.

Perkara itu mendapat perhatian pemimpin PAS, Nik Abduh Nik Aziz yang berpendapat rakyat sepatutnya mengangkat tangan untuk berdoa jika hadapi ujian.

Malah, beliau turut meminta pihak tertentu tidak mengajar orang ramai untuk mengangkat bendera putih kerana ia seperti mengangkat kekalahan apabila menghadapi ujian.

Bagaimanapun, kenyataan Nik Abduh itu tidak disetujui kebanyakan netizen kerana kempen tersebut adalah untuk memudahkan orang ramai membantu mereka yang memerlukan.

Kata netizen lagi, tidak bermakna meminta bantuan melalui cara tersebut individu itu tidak berdoa kepada Allah di atas ujian diberikan.

SUMBER: Facebook Nik Abduh