Nyaris Digelek Tayar, Cara Gadis Ini Halau Kucing Dikecam Teruk

Baru-baru ini tular video di laman Twitter memaparkan seorang gadis sedang mengundurkan keretanya dari tempat parkir menjadi bualan ramai.

Mana tidaknya, menerusi video tersebut kelihatan seekor kucing berada di celah tayar kereta berkenaan yang mungkin takut untuk berpijak di lantai yang dipenuhi dengan lopak air.

Namun, apa yang menimbulkan kemarahan ramai gadis berkenaan bertindak mengundurkan kereta tanpa membantu untuk mengeluarkan kucing berkenaan.

Malah, rakan-rakannya yang berada di diluar hanya merakam dan tidak turut membantu.

Kelihatan di penghujung video tersebut, kucing tersebut yang berada dalam keadaan panik kemudiannya melompat dari tayar kereta itu.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada nertizen yang mengecam gadis berkenaan yang bertindak mengeluarkan kucing dengan cara tersebut.