Orang Ramai Bersorak, Kagum Dengan Kehebatan Perodua Kelisa Redah Banjir

Dalam banyak-banyak model Perodua, model Myvi antara yang paling popular. Namun siapa sangka model Kelisa yang boleh digambarkan sebagai ‘kecil-kecil cili padi’ ini mampu melakukan aksi luar biasa.

Semalam, hangat diperkatakan mengenai kejadian banjir kilat yang berlaku di sekitar ibu kota. Namun apa yang menjadi perhatian adalah aksi sebuah Perodua Kelisa yang ‘steady’ meredah banjir sehingga tular di media sosial.

Menerusi video tular itu, Kelisa tersebut berjaya meredah banjir meskipun paras air boleh dikatakan berada paras agak tinggi. Dengan saiz kereta yang kecil dan paras air menghipiri ketinggian tingkap namun berjaya meredah tanpa sebarang masalah.

Malah, kejayaan kereta tersebut melepasi halangan berkenaan menerima tepukan dan sorakan orang ramai yang menyaksikan detik penuh bersejarah itu.

Di media sosial, netizen mengatakan jangan pandang hina dengan kereta Kelisa ia bukan calang-calang kereta apabila berjaya melepasi banjir berkenaan. Nampaknya, pihak Perodua boleh keluarkan kembali model Perodua selepas ini.