Orang Ramai Selamatkan Kanak-Kanak Tidur Dalam Kereta, Netizen Bengang Ada Lagi Ibu Bapa Tinggalkan Anak

Saban tahun ada sahaja berita mengenai anak kecil ditinggalkan dalam kereta dan mengakibatkan kematian akibat lemas sehinggakan sudah menjadi satu ‘kebiasaan’ dikalangan masyarakat kita.

Malah, masih ada ibu bapa yang sewenangnya meninggalkan anak dalam kereta meskipun sudah banyak kali terjadi kes kematian dilaporkan.

Baru-baru ini, tular video memaparkan sekumpulan orang ramai cuba mengoyangkan sebuah kereta untuk mengejutkan seorang kanak-kanak perempuan yang tertidur ketika ditinggalkan sendirian.

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1386224325926088704

Difahamkan, ketika kejadian ibu kanak-kanak terbabit turut berada disitu serta mengatakan jika anaknya tertidur memang sukar untuk dikejutkan.

Usaha orang ramai berhasil apabila kanak-kanak itu berjaya dikejutkan dan terus diminta untuk membuka pintu secepat mungkin.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang meluahkan rasa berang dengan tindakan ibu yang meninggalkan anak sendirian.

Netizen turut mengingatkan supaya jangan sesekali tinggalkan anak sendirian walaupun sekejap kerana bimbang perkara buruk akan terjadi.

Tidak kurang juga ada yang berkongsikan pengalaman pernah berhadapan dengan situasi sama seperti itu.

Dalam pada itu, netizen turut memuji orang ramai yang berada di kawasan kejadian yang turut bersama-sama membantu wanita tersebut untuk mengejutkan anak perempuannya itu.

Apa pun diharap video tular itu dapat dijadikan pengajaran supaya tidak meninggalkan anak sendirian kerana nyawa anak tiada ganti.

SUMBER: Twitter