Padah Masuk Kedai Makan Tak Scan MySejahtera, 6 Pelajar Didenda RM1,000

Sejak penularan pandemik COVID-19 di Malaysia, kerajaan telah mewajibkan setiap rakyat untuk mengisi nama di dalam buku log dan scan kod MySejahtera sebelum memasuki sesebuah premis.

Namun, masih ramai yang ambil remeh tentang perkara itu sedangkan seperti diketahui tindakan yang tegas boleh dikenanakan jika tidak mematuhi arahan atau prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Seperti yang terjadi baru-baru ini, padah tidak melakukan imbasan kod MySejahtera atau menulis nama di dalam buku log yang disediakan, enam orang pelajar ini didenda sebanyak RM1,000 seorang.

Memetik laporan World of Buzz, 8 oang pelajar datang ke kedai makan berkenaan namun 6 daripada mereka gagal melakukan self check in.

Difahamkan, pihak penguatkuasa tiba secara mengejut untuk membuat pemeriksaan di kedai makan berkenaan. Malah, hasil siasatan mendapati, pengurus kedai makan berkenaan juga didapati tidak mengimbas kod MySejahtera.

Dia juga didapati gagal untuk melatih pekerja untuk mengambil suhu pelanggan dan daftar masuk menyebabkan dia juga dikenakan denda kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.