“Pak Cik Bukan Malas Masa Muda, Cuma Tak Sekolah & Buta Huruf”

Tular mengenai seorang warga emas dikenali sebagai Pak Cik Hadi yang didakwa dimalukan di khalayak ramai, ramai yang tampil bertemu dengannya termasuk artis dan badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook, Warq Torturer sempat berkongsikan video temannya Dhila Fadhilah yang turut bertemu Pak Cik Hadi.

Menerusi perkongsian tersebut, warga emas berkenaan berkata dia tidak berkecil hati dengan influencer dan usahawan berkenaan.

Berkongsikan mengenai kisah hidupnya, Pakcik Hadi berkata dia bukan malas ketika waktu mudanya tetapi dia tidak ke sekolah dan buta huruf.

Pakcik Hadi berkata lagi, dia pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pejabat mahkamah dan duit dari Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) digunakan untuk tujuan upah haji kedua ibu bapanya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Pakcik Hadi meskipun dalam kesusahan tetap mengutamakan ibu bapa.

Malah, ada netizen mengatakan apa yang terjadi di sebalik kisah tersebut boleh diambil untuk dijadikan sebagai pengajaran supaya tidak memperkecilkan mereka yang susah kerana tidak tahu apa akan terjadi di masa hadapan.

SUMBER: FacebookÂ