Sebut sahaja nama selebriti dan usahawan terkenal Noor Nelofa, sememangnya bekas pengacara MeleTOP itu sering menjadi tumpuan ramai.
Apa sahaja tindak tanduk serta penampilannya pasti akan menjadi bualan netizen. Baru-baru ini, menerusi laporan Kosmo! kukunya yang diwarnakan dengan inai turut menjadi kecaman.
Kurang senang dengan tindakan Neelofa mewarnakan kuku dengan inai, netizen menuduhnya dengan kata-kata tidak menyenangkan.
Kuku hitam, jangan-jangan hati pun hitam,” tulis individu itu.
Bagaimanapun, netizen lain memuji warna ini yang dipakai oleh Neelofa yang dilihat warna pekat dan tahan lama. Malah, ada yang sempat bertanyakan jenama apa yang digunakan kerana berkenan dengan inai tersebut dan mahu mencubanya.
Ada sahaja serba tak kena di mata netizen sampai pakai inai pun nak buat tuduhan bukan-bukan. Apa pun memang cantik inai Neelofa.
SUMBER: Kosmo!