Melihatkan jumlah kenaikan kes yang dicatatkan setiap hari, tidak pasti bilakah kes COVID-19 akan menurun di Malaysia. Lebih membimbangkan kes di Selangor pula semakin meningkat sekaligus mencetuskan kebimbangan.
Malah, pakar menjangkakan Selangor memerlukan masa empat hingga enam minggu untuk menunjukkan penurun kes harian COVID-19 jika semua pihak mematuhi prosedure operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Ahli Epidemiologi Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud agak sukar untuk meramalkan berapa lama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu dilaksanakan sebelum penurunan kes dapat dilihat.
Katanya lagi, PKPB yang dilaksanakan selama dua minggu bagi mengesan dan menguji mereka yang pulang dari Sabah seperti sudah terlambat kerana kesan kerosakannya sudah tidak dapat dielak.
“Kira-kira 400 diuji positif, dan 60% dari mereka kembali ke semenanjung sebelum 27 September. Segmen ini mungkin tidak simptomatik dan mungkin telah menyebar kepada orang lain tanpa disedari,” katanya.
Bagaimanapun, beliau yakin bahawa Malaysia tidak akan mencapai jumlah kes harian sebanyak 4,500 pada akhir Oktober ini, seperti yang diberitahu oleh Kementerian Kesihatan.
SUMBER: NST