Pakej Kejut Sahur Untuk Orang Single Ini Viral, Siap Boleh Panggil Sayang

Tinggal berapa hari saja lagi, umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan. Pasti ada segelintir yang bimbang jika tidak terjaga untuk bangun bersahur.

Tapi jika anda masih single dan bimbang tidak bangun ketika sahur, mungkin boleh cuba perkhidmatan ini yang menawarkan untuk kejut sahur.

Menawarkan jualan perkhidmatan tersebut di platform Shopee, ada beberapa pakej yang boleh dibeli dengan harga bermula RM2 hingga RM50 bergantung pada perkhidmatan yang dimahukan.

Lebih menghiburkan, ada peniaga menawarkan pakej istimewa kepada pelanggan dimana menghantar mesej dan telefon dengan panggilan manja seperti baby atau sayang.

Malah, ada yang berseloroh mengatakan mereka menyediakan perkhidmatan datang kejut di depan rumah buat mereka yang susah sangat nak bangun sahur pada jam 2 petang.

SUMBER: The Vocket